PUNCA RAKYAT MALAYSIA JELES BANGLA DAPAT GAJI RM5000 SEBULAN TERJAWAP MALU
PUTRAJAYA - Baru-baru ini tersebar gambar pembayaran gaji seorang pekerja warga Bangladesh sebanyak RM5,000 di laman sosial. Walau bagaimanapun, ia bukanlah gaji sebulan seperti mana yang didakwa orang ramai.
Menurut jurucakap syarikat tersebut, pekerja berkenaan telah memaklumkan kepada syarikat yang dia mahu berhenti kerja dan pulang ke negara asalnya. Oleh itu, syarikat telah mengira semua gajinya bagi bulan Mei dan Jun termasuklah bayaran kerja lebih masa yang telah dibuat dalam tempoh dua bulan tersebut.
"Biasanya, gaji yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan. Namun disebabkan ada kerja lebih masa, menjadikan gaji yang diterima lelaki itu melebihi RM5,000.
Jelas jurucakap syarikat itu lagi, jumlah gaji pekerja bahagian pemunggahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu sebenarnya tidak timbul isu 'double standard' di antara gaji pekerja asing dan rakyat tempatan.
Gaji yang diterima oleh warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang telah diperuntukan termasuk kerja lebih masa yang mencecah sehingga RM1,700 itu.
Berkemungkinan lelaki itu banyak melakukan kerja lebih masa dari kakitangan yang lain untuk mendapatkan gaji setinggi itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA RAKYAT MALAYSIA JELES BANGLA DAPAT GAJI RM5000 SEBULAN TERJAWAP MALU. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment