KPDNKK tangguh ‘Ops Tulen’ di Low Yat hingga keadaan reda - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di KPDNKK tangguh ‘Ops Tulen’ di Low Yat hingga keadaan reda harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
KPDNKK tangguh ‘Ops Tulen’ di Low Yat hingga keadaan reda

KPDNKK tangguh ‘Ops Tulen’ di Low Yat hingga keadaan reda



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menangguhkan "Ops Tulen" di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur sehingga ketegangan menjadi reda, lapor Utusan Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya berpendapat keadaan di Plaza Low Yat buat masa ini masih tidak sesuai untuk menjalankan operasi, memandangkan keadaan masih "panas".

"Kita akan cari masa yang sesuai mungkin selepas Aidilfitri ini untuk diteruskan Ops Tulen kerana dalam keadaan sekarang tidak sesuai, biar reda dulu," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu hari ini.

Pada masa sama beliau juga menasihati pengguna agar jangan cuba membuat tindakan sendiri sekiranya mengesyaki barangan yang dibeli palsu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa.

"Saya berharap pemilik cap dagangan terutama yang berdaftar di bawah 'Basket of Brand' (BOB) yang ketika ini berjumlah 313 jenama dapat membantu dalam membanteras barang tiruan di pasaran sekarang.

"Begitu juga dengan pengguna, jika mereka mengesyaki barang palsu, perlu buat aduan dan jangan cuba selesaikan masalah itu dengan cara sendiri kerana pihak berkuasa mempunyai kuasa bagi mendakwa peniaga terbabit," katanya.

Kekecohan bermula di Plaza Low Yat Sabtu lalu apabila seorang pemuda dilaporkan mengunjungi sebuah kedai untuk membeli telefon bimbit Lenovo S860 bernilai RM799.

Jurujual yang melayannya dilaporkan berkata, apabila dia berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma untuk pemuda itu, dia sudah pun melarikan diri bersama telefon bimbit itu.

Kejadian kejar-mengejar tercetus dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek itu, menyerang dan menyerahkannya kepada polis.

Selepas itu, sekumpulan rakan suspek menyerbu ke telefon bimbit di mana pekerjanya membantu memberkas suspek.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal KPDNKK tangguh ‘Ops Tulen’ di Low Yat hingga keadaan reda . Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.