Bayi baru lahir ditinggalkan di belakang pencawang stesen minyak jalan Seremban-Kuala Pilah - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Bayi baru lahir ditinggalkan di belakang pencawang stesen minyak jalan Seremban-Kuala Pilah harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Bayi baru lahir ditinggalkan di belakang pencawang stesen minyak jalan Seremban-Kuala Pilah

Bayi baru lahir ditinggalkan di belakang pencawang stesen minyak jalan Seremban-Kuala Pilah



SEREMBAN - Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di belakang pencawang elektrik di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban - Kuala Pilah, di sini, kelmarin.

Bayi malang tersebut dijumpai seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh kira-kira jam 12 tengah hari yang ketika itu sedang membersihkan tandas, sebelum dikejutkan dengan tangisan bayi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 30-an itu  memaklumkan kepada pengurusnya sebelum menghubungi polis.

“Bayi itu ditemui bersama uri yang dibungkus dengan sehelai kain. Kita menghantar bayi itu ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut kerana di badannya terdapat kesan gigitan serangga.

“Hasil siasatan awal, kita percaya bayi itu dilahirkan di lokasi lain sebelum ditinggalkan di lokasi tersebut dan disyaki dilakukan warga tempatan,” katanya di sini, semalam.

Muhamad Zaki berkata, berdasarkan pemeriksaan hospital, bayi terbabit dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.

"Sasatan lanjut akan diteruskan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan bagi mengesan ibu bayi itu atau individu yang bertanggungjawab membuangnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Bayi baru lahir ditinggalkan di belakang pencawang stesen minyak jalan Seremban-Kuala Pilah. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.