'TERIMA KASIH SEBAB MENGEJEK SAYA'
SINGAPURA - Filipina meminta penganjur Sukan SEA menjalankan usia pemeriksaan jantina ke atas seorang pemain bola tampar Indonesia, Aprilia Santini Manganang.
Pasukan Filipina berasa curiga melihat fizikal dan kekuatan Aprilia yang tidak seperti seorang wanita yang normal. Ujian pemeriksaan jantina itu dipinta oleh jurulatih bola tampar pasukan Filipina, Roger Gorayeb.
Menurut Roger, fizikalnya yang berdada bidang dan tegap itu tidak menunjukkan dia seorang wanita, ditambah pula dengan tenaganya yang amat kuat, lain dari wanita biasa.
"Dia sangat kuat, seperti seorang lelaki dalam pasukan wanita," kata Roger seperti yang dilaporkan oleh Straits Times, semalam.
Roger menjelaskan, dia hanya ingin tahu kebenarannya. Dia tidak peduli sama ada Aprilia turut serta atau sebaliknya dalam Sukan SEA yang diadakan di Singapura.
"Dia bermain atau tidak, itu tidak penting. Kami tetap akan memberikan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, pihak penganjur menolak permintaan Roger kerana ujian pemeriksaan seperti itu akan memakan banyak masa dan merugikan atlit berkenaan.
Difahamkan, Aprilia Santini Manganang sudah berkali-kali menjalani ujian jantina sejak kariernya menjadi pelari pecut dan pemain bola tampar.
“Saya berterima kasih kepada penyokong Filipina yang mengejek saya kerana ia membakar semangat saya dalam perlawanan iu dan meningkatkan prestasi saya,” - katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'TERIMA KASIH SEBAB MENGEJEK SAYA'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment