'KKM KEJAM! MAKAN BISNES BANGSA MELAYU'
Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna Facebook memuat naik kenyataan marah dan geram dengan tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyerbu rumahnya dan merampas segala barangan perniagaan miliknya.
Zakaria Ghazali, mendakwa tindakan KKM itu terlalu kejam, ibarat 'Melayu makan Melayu'.
Difahamkan Zakaria membuat perniagaan kosmetik secara online.
"Kejam KKM, rampas dan check barang kita masa buat pembayaran di kaunter pejabat PosLaju. Ini orang kata 'Melayu makan Melayu'.
"Bungkusan yang rosak itu siapa nak ganti? KKM nak ganti? Takkan pelanggan kami terima bungkusan yang sudah rosak?," luahnya di laman Facebook.
25 Mei yang lalu, sekeping gambar surat sulit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tersebar di laman sosial.
Surat sulit itu memaklumkan bahawa JDKM akan bekerjasama dengan pihak KKM, SKMM dan PDRM dalam operasi mengesan ubat-ubatan yang tidak mempunyai kelulusan yang sah termasuklah ubat-ubatan tiruan yang dijual melalui internet.
Menurut surat sulit berkenaan, operasi itu dianjurkan oleh pihak INTERPOL dan World Customs Organization (WCO) yang akan bermula pada 9 hingga 16 Jun 2015 di Pulau Pinang, Selangor, KLIA dan Johor.
Akibatnya, peniaga kosmetik online banyak menerima aduan dari pelanggan yang menyatakan bungkusan yang diterima telah dikoyakkan, malah barangan yang dibeli juga turut dirosakkan.
Zakaria pula berpendapat, ada jalan penyelesaian yang lebih baik yang KKM boleh lakukan agar pihak peniaga online tidak marah serta memudahkan kedua-dua pihak.
"Pihak peniaga wajib mengambil tahu apa yang dihantar dalam kurier tersebut sama ada mempunyai kelulusan atau tidak dan ianya boleh disemak di laman web KKM.
"Pihak berkuasa juga tidak sepatutnya mengoyakkan bungkusan yang dihantar oleh peniaga online. Sebaliknya buatlah dengan cara yang berhemah.
"Kalau nak koyak pun tak ada masalah, tetapi bungkuslah kembali dengan elok. Sudah tentu kami juga tidak akan marah lebih-lebih lagi bagi peniaga online yang menjual produk yang mempunyai pengesahan dari KKM," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'KKM KEJAM! MAKAN BISNES BANGSA MELAYU'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment