SEORANG AYAH SANGGUP BERKERUSI RODA HANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH DI KUALA PILAH - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di SEORANG AYAH SANGGUP BERKERUSI RODA HANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH DI KUALA PILAH harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
SEORANG AYAH SANGGUP BERKERUSI RODA HANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH DI KUALA PILAH

SEORANG AYAH SANGGUP BERKERUSI RODA HANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH DI KUALA PILAH



KUALA PILAH - Demi keselamatan tiga anak gadisnya, seorang ayah tunggal sanggup mengenepikan kecacatannya, menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya di sekolah setiap hari dengan menaiki kerusi roda elektrik biarpun jauhnya hampir 1 kilometer.

Rosli Hamid, 47, yang menjadi OKU selepas kedua-dua kakinya lumpuh akibat kemalangan, sanggup berkorban membawa ketiga-tiga anaknya, Najma Izzati, 9, Najwa Awatif, 6, dan Najwa Shazrin, 5, dengan menaiki kerusi rodanya ke sekolah.

Rosli sedar, tindakannya itu agak membahayakan diri namun dia mahu memastikan dia sendiri yang menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya itu tanpa memerlukan bantuan orang lain walaupun terpaksa meredah panas atau hujan.

"Saya tidak mampu memberikan kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 1.30 petang.," katanya.





Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan bersimpati dengan bebanan yang ditanggung oleh Rosli. Sehinggakan, ada yang meminta agar pakcik ini dibantu dari segi pemberian kenderaan beroda tiga untuk memudahkannya menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya ke sekolah.

Inilah pengorbanan ibu bapa. Rela berkorban apa jua untuk anak-anak. Penat dan lelah diketepikan, janji mahu memastikan anak-anak bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik.

Moga ada pihak yang sudi membantu meringankan lagi bebanan pakcik ini. Kisahnya bukan sekadar untuk tatapan atau menjadi ikon Hari Bapa, namun bantuan perlu diberikan. Semoga Allah sentiasa memeliharamu insan yang bernama Ayah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SEORANG AYAH SANGGUP BERKERUSI RODA HANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH DI KUALA PILAH. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.