“Amoi pakai baju kurung sangat comel dan cun melecun”
Gambar beberapa orang gadis bukan Melayu memakai selendang ketika menghadiri majlis di Masjid Al Falah Subang Jaya menarik perhatian ramai.
Walaupun tidak menutup aurat sepenuhnya, namun pengguna laman sosial memuji mereka kerana sekurang-kurangnya mematuhi adab berpakaian.
Wanita berkenaan adalah kakitangan dan pelatih di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Mereka menghadiri program pemberian peruntukan kepada masjid dan surau di Subang Jaya di Masjid Al Falah, USJ9, pada Isnin.
Keayuan gadis-gadis bukan Islam memakai selendang dan berbaju kurung itu sehinggakan ada pengguna yang membuat komen nakal bertujuan mengusik.
“Amoi pakai baju kurung sangat comel,” tulis Muhammad Harris Nasril.
“Cantik uols dengan selendang. Keep up the good work yb Hannah,” tulis Muhamad Amin Firdaus.
Menurut Hannah, sebanyak enam masjid menerima sumbangan Ramadan sebanyak RM2,000 setiap masjid manakala 18 surau menerima RM1,000.
“Peruntukan ini disediakan oleh pejabat saya yang kita sediakan setiap tahun,” tulisnya di Facebook.
Hannah Yeoh berkata, dia dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut mengadakan dialog dan berbuka bersama pengurusan masjid dan surau.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal “Amoi pakai baju kurung sangat comel dan cun melecun”. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment