VIDEO: 'LAN CAU IMIGRESEN!' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di VIDEO: 'LAN CAU IMIGRESEN!' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
VIDEO: 'LAN CAU IMIGRESEN!'

VIDEO: 'LAN CAU IMIGRESEN!'



Video beberapa pegawai Imigresen menjalankan tugas di tempat awam tersebar berikutan berlakunya adegan perang mulut dengan orang awam.

Difahamkan, pegawai Imigresen yang berkaca mata itu menegaskan bahawa tapak premis yang digunakan oleh peniaga Cina terbabit adalah tidak sah dan tidak berlesen.

Berikutan itu, pegawai terbabit meminta peniaga Cina itu menunjukkan lesen untuk membuktikan peniaga terbabit mempunyai lesen beroperasi di tapak berkenaan.



Peniaga Cina maki pegawai Imigresen 'Lanjiao'

Peniaga Cina maki pegawai penguatkuasa 'Lanjiao'More: #mediavids

Posted by My Media Hub on Tuesday, May 5, 2015


Namun, permintaan pegawai itu tidak diendahkan, malah peniaga Cina terbabit melemparkan kata-kata kesat terhadap pegawai Imigresen berkenaan yang juga disaksikan oleh orang awam yang lalu lalang di kawasan itu.

Tegas dengan tindakannya itu, pegawai terbabit sekali lagi meminta lesen dari peniaga Cina itu namun, sekali lagi peniaga Cina itu 'melanjiaokan' penjawat awam berkenaan.

Berang dengan tindakan peniaga Cina yang enggan memberikan kerjasama, pegawai terbabit meminta kad pengenalan lelaki itu. Namun, sekali lagi tidak diendahkan dan memberikan banyak alasan untuk tidak menyerahkan kad pengenalannya.

Tidak gentar dengan tindakan biadab peniaga Cina itu, pegawai terbabit mula mempersoalkan tindakannya yang menghalang tugas penjawat awam, sambil merakam kejadian itu dengan smartphonenya sendiri.

Beberapa rakan peniaga Cina itu turut mempertahankan rakan mereka dan menganggap tindakan pegawai terbabit kurang ajar.

"Kurang ajar! Kurang ajar!," kata rakan peniaga terbabit.

"Dia cakap saya lanjiao!," kata pegawai Imigresen.

"So???," balas rakan peniaga itu.

"So????," soal pegawai itu semula.

"Bolehkah cakap saya lanjiao? Saya buat kerja!," sambungnya lagi.

"Ya! You buat kerja! Ini olang ada salah??," soal rakan peniaga itu lagi.

"Ada!" balas pegawai terbabit.

"Salah apa?! Marah awak saja ma!" balas rakan peniaga itu lagi.

"Dia kacau saya buat kerja tak salah?" soal pegawai itu.

Menyedari perbalahan mulut yang tidak akan berkesudahan, pegawai terbabit mengarahkan pegawainya mengari peniaga Cina terbabit kerana menghalang tugas penjawat awam dan enggan memberi kerjasama.

Video berdurasi seminit 44 saat itu kini tersebar di laman sosial dan mendapat pujian netizen kerana pihak Imigresen bersikap adil tanpa memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang melanggar undang-undang dan peraturan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal VIDEO: 'LAN CAU IMIGRESEN!'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.