Tak rasmi: BN menang majoriti kurang - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Tak rasmi: BN menang majoriti kurang harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Tak rasmi: BN menang majoriti kurang

Tak rasmi: BN menang majoriti kurang



Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 72 peratus.

Ada dua isu besar mendominasi kempen pilihan raya umum ini, iaitu hudud dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada masa sama, BN bersungguh-sungguh mahu menunjukkan prestasi terbaiknya ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepa kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Tak rasmi: BN menang majoriti kurang. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.