Tabung Haji Masih Belum Jual Tanah TRX Yang Dibeli Dari 1MDB -Abdul Azeez
Lembaga Tabung Haji (TH) belum menjual lagi tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu.
Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan perkara ini kerana masih dalam proses memaktubkan perjanjian jual beli ketika ini, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.
"TH dalam proses memaktubkan sales and purchase (jual beli) dengan keuntungan yang sedikit," katanya dipetk The Malaysian Insider ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian hadiah kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberitahu kepada siapa tanah tersebut bakal dijual sebaliknya akan memaklumkan apabila tanah itu dijual.
"Ya, ada pembeli. Kami akan maklumkan kemudian," katanya.
April lalu, TH membeli tanah seluas 0.63 hektar itu daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).
Urusan jual beli tanah tersebut dari 1MDB telah didedahkan blog The Benchmark membuatkan ramai marah dan tidak senang terutama pendeposit TH, malah pemimpin politik pembangkang dan kerajaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Tabung Haji Masih Belum Jual Tanah TRX Yang Dibeli Dari 1MDB -Abdul Azeez. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment