'Saya mohon maaf' -Keith Foo merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga 'Saya mohon maaf' -Keith Foo membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
'Saya mohon maaf' -Keith Foo

'Saya mohon maaf' -Keith Foo


"Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari kesilapan," demikian komen pelakon Keith Foo atau nama penuhnya Foo Chuan Chin, 32, berhubung dia didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, Mac lalu.
Menurut pelakon Ariana Rose itu, kejadian itu hanyalah salah faham dan tidaklah teruk seperti digembar-gemburkan pelbagai pihak.
Katanya, antara dia dengan anggota polis terbabit sudah tiada sengketa dan dia sendiri sudah memohon maaf pada waktu kejadian.
"Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan tolonglah patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan Keith didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith dan memerintahkan pelakon itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh' terhadap seorang anggota polis trafik.-Hmetro


Artikel 'Saya mohon maaf' -Keith Foo ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.