Stadium Perbandaran Seremban Nostalgia untuk Penduduk Seremban
Keunikan papan mata di Stadium Perbandaran Seremban menjadi lambang kepada Bandar Seremban
Stadium Majlis Perbandaran Seremban atau dulu dikenali sebagai Padang Stesyen adalah merupakan Stadium kebangaan Penduduk Negeri Sembilan. Dahulunya Stadium ini dikenali sebagai Padang Stesyen disebabkan bersebelahan dengan Stesyen Keretapi Seremban.
Pasukan Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala HMS Malaya tahun 1948 dengan mengalahkan pasukan Selangor 1-0 di Padang Stesyen Seremban
Padang Stesyen Seremban 1965 sumber guterberg webster blogspot
Stadium ini mengikut sejarahnya dibuka pada awal tahun 1940 oleh Residen British di Negeri Sembilan John Vincent Cowgill tujuan utama pembinaannya adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan bagi warga pentadbiran Britsh ketika itu termasuk sukan termasyur bolasepak. Pada awal pengunaan padang ini tidak ada kemudahan tempat duduk disediakan, penonton akan menyaksikan perlawanan bolasepak dengan berdiri di tepi padang. Namun setelah mencapai kemedekaan Padang stesyen ini dinaik taraf pada tahun 1960 dengan mengadakan binaan tempat duduk berbumbung yang ketika itu boleh menampung kira-kira 5 ribu penonton dengan 500 tempat duduk.
Pasukan Hoki Pakistan bergambar berlatarbelakangkan Padang Stesyen Seremban
Pada tahun 1973 Padang Stesyen ini dinaik taraf bagi membolehkan padangnya digunakan untuk Piala Dunia Hoki Padang pada tahun 1975, ketika itu Malaysia telah terpilih menjadi tuan rumah dan Padang Stesyen telah menjadi salah satu venue pertandingan. Sewaktu ini tempat duduk telah ditambah kepada 5000 tempat duduk tidak berbumbung menjadikan Padang Stesyen ketika itu terkenal disebabkan keadaan padang yang baik untuk satu kejohanan bertaraf dunia.
Stadium Majlis Perbandaran Seremban - Sumber
Sekitar tahun 1979 Padang Stesyen ditukar nama kepada Stadium Majlis Perbandaran Seremban. Pekara ini diumumkan sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban Dato' Rais Yatim yang ketika itu juga merupakkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Pertukaran ini dibuat disebabkan Seremban telah dinaik taraf sebagai bandar. Sekitar tahun ini juga Stadium ini pernah digunakan untuk Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan.
Stadium sentiasa dinaiktaraf bagi keselesaan penonton
Stadium ini telah melalui detik manis bersama-sama penduduk Seremban satu ketika dahulu, Disinilah Pasukan bolasepak Negeri Sembilan menjulang Piala HMS Malaya atau kini dikenali Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1948. Kenangan ini dikongsi dengan seluruh masyarakat berbilang bangsa yang menjadi penduduk Seremban ketika itu.
Antara Penyokong-penyoong Negeri Sembilan yang sentiasa membanjiri Stadium Perbandaran Seremban
Pada tahun 1991 terjadi saat genting bagi pasukan Negeri Sembilan dalam usaha untuk merebut takhta juara Semi Pro Bahagian dua ketika itu, bertemu pasukan Sarawak yang menghuni tangga kedua dengan perbezaan 1 mata, Negeri Sembilan hanya memerlukan seri untuk menjadi juara tetapi kekalahan boleh meranapkan impian pasukan Negeri Sembilan untuk menjadi juara di Stadium sendiri. Pasukan Sarawak yang ketika itu terkenal dengan penyerang importnya John Hunter' menjaringkan dua gol untuk menjadikan Sarawak berada dihadapan 2-1. Saat debaran penyokong Negeri Sembilan ketika itu benar-benar menguji. Pada minit ke 89 tampak seperti Sarawak bakal dinobatkan menjadi juara akan tetapi rezeki memihak kepada pasukan Negeri Sembilan setelah Marian Valach dijatuhkan dikotak penalti Sarawak. Suasana dingin ketika intu mengiringi langkah sepakan penalti Marian Valach, rembatannya menceriakan penyokong-penyokong Negeri Sembilan yang kini kali pertma menjuarai liga semi -pro dan layak untuk bermain di divisyen 1 ketika itu.
Aksi Pasukan Negeri Sembilan ketika beradu dalam kancah Semi-Pro
Tahun 1992 adalah tahun terakhir Stadium Perbandaran Seremban digunakan. Pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menduduki tempat ketiga Semi -Pro divisyen 1, satu lagi kejayan yang membanggakan skuad Hobin Jang Hobin di stadium keramat ini.
Stadium yang menjadi kebanggaan kepada penduduk Seremban ini diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembangunan dan digantikan dengan sebuah Stadium yang selesa di Paroi
Stadium yang merupakan salah satu ikonik Bandar Seremban ini telah diruntuhkan Pada tahun 1993 bagi memberi laluan kepada pembinaan pasararaya terkemuka. Sejarah serta perjalanan dan detik manis stadium akan terus dikenang, inilah stadium yang mana peminatnya boleh menyaksikan bola hanya dengan memanjat tiang lampu limpah stadium, mempunyai scoreboard' yang besar menayangkan keputusan untuk mereka yang berada didalam dan diluar stadium dan juga perlawan bolasepak hanya diadakan pada waktu petang!.. Terima Kasih Stadium Perbandaran Seremban kerana telah meningalkan seribu satu kenangan, ikon Seremban yang telah hilang..
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Stadium Perbandaran Seremban Nostalgia untuk Penduduk Seremban. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment