Terkini: Suspek Kes Bunuh TP Kastam Direman 6 Hari
Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari ke atas seorang suspek kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, April tahun lalu.
Suspek yang juga jurulektrik berusia 20 tahun itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pegawai penyiasat kes, Deputi Superintendan Hamzah Buman berkata, suspek sama sebelum ini ditahan polis pada 24 Jun lalu berkaitan kes samun di Cheras.
“Penahanan suspek membawa kepada penangkapan dua lagi suspek kes bunuh berkenaan pada 2 Julai lalu.
“Dua lagi suspek utama akan dibawa ke mahkamah pada Selasa ini untuk direman,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi 26 April tahun lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.
Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.
Kereta mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment