Seram. Kit Anti-Histeria Mula Dijual Pada Harga RM8,750
Walaupun namanya agak pelik, tapi ia memang wujud. Diusahakan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP), kit yang bertujuan bagi merawat masalah histeria atau kerasukan ini telah berjaya dihasilkan dan diberi nama "Kit Anti-Histeria".
Penghasilan kit ini telah diketuai oleh Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang, Dr Mahyiddin Ismail.
Kit tersebut dikatakan boleh merawat masalah histeria dan gangguan makhluk halus yang seringkali di alami khususnya oleh para pelajar.
Kit yang mula dijual pada harga RM 8,750 itu dilengkapi dengan peralatan seperti penyepit jari, asid formik, penyembur lada hitam, garam, limau dan cuka yang menjadi antara bahan asas untuk merawat gangguan makhluk halus. Harga tersebut juga merangkumi kursus dan latihan bagi dua orang untuk menggunakan produk berkenaan berserta rawatan dari pakar sekiranya masalah tidak selesai.
Menurut Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, kit itu telah dihasilkan berasaskan kajian ilmiah yang dibuat keatas histeria dan juga kerasukan sejak dari tahun 2012 lagi.
"Kit antihisteria ini dibangunkan sebagai satu produk yang mempunyai potensi besar untuk dipasarkan memandangkan statusnya yang patuh syariah serta bebas dari sebarang perkara yang berbentuk metafizik, tahyul atau khurafat yang boleh menyesatkan," katanya memetik laporan dari Astro Awani.
Menurut Dr. Daing lagi, semua bahan-bahan yang melengkapkan kit berkenaan adalah bahan yang boleh memberi alahan kepada makhluk halus. Tambahnya lagi, penyepit jari digunakan untuk menyepit jari mangsa, manakala asid formik berfungsi sebagai air panas untuk disembur ke tempat makhluk halus berada.
Menurut Mahyuddin, kit anti-histeria ini telah diuji di 11 buah institusi pengajian dan jabatan kerajaan yang mengalami gangguan histeria pada tahun lepas dan kit tersebut telah dibuktikan berhasil.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Seram. Kit Anti-Histeria Mula Dijual Pada Harga RM8,750. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment