Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar - PM - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar - PM harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar - PM

Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar - PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar.

Tegas perdana menteri, hanya menteri berkenaan iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya, Jumaat.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April.

Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini (1 Mei) ditangguh selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan pada Rabu bahawa isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan CBP.

Jelas Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra-CBP itu agak mustahil untuk dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.

Sementara itu, Ahmad Shabery di laman Twitter kemudiannya berkata beliau akan bertemu dengan semua pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik berkaitan isu kad tambah nilai prabayar.

"@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dengan semua pihak untuk dapatkan yang terbaik bagi rakyat dan negara," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar - PM. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.