Lagi dana awam untuk pembelian tanah 1MDB didedahkan
Kini Kumpulan Wang Persaraa (KWAP) dilapor telah bersetuju membeli sebidang tanah dan bangunan untuk membina ibu pejabat baharunya di Tun Razak Exchange (TRX). Namun sedikit cerdik dari Tabung Haji kerana berjaya mendapatkan pada harga 15% lebih murah.
Laporan Star yang dipetik The Malaysian Insider menyebut KWAP akan membeli tanah itu dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki per segi berbanding Tabung Haji yang membayar RM2,774 bagi setiap kaki per segi. Lebih murah RM474 bagi setiap kaki persegi.
Laporan The star juga menyebut perjanjian pembelian sudah termeterai di antara KWAP dan 1MDB yang menyaksikan KWAP akan membayar di antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion untuk bangunan 40 tingkat dan tanah di TRX, Kuala Lumpur. Lihat laporan penuh di TMI, KWAP setuju beli tanah TRX 15% lebih murah berbanding Tabung Haji.
Pelik juga ya, kenapa dua badan yang berminat dengan tanah 1MDB semuanya melibatkan duit orang ramai. Kenapa pelabur lain tak kedengaran ya!!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Lagi dana awam untuk pembelian tanah 1MDB didedahkan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment