GST – Peniaga cuba bunuh diri
Tertekan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menyebabkan perniagaanya ditutup, seorang peniaga dilaporkan bertindak melakukan beberapa cubaan membunuh diri.
Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak, dikatakan tertekan sejak GST dilaksanakan sehingga dia dipujuk oleh ahli keluarganya untuk menutup perniagaan, lapor muka depan akhbar China Press.
Namun, mungkin kerana tidak dapat berhadapan dengan realiti perniagaannya ditutup, Tan dipercayai melakukan beberapa percubaan membunuh diri termasuk menelan sebotol kecil racun dan memecahkan kaca untuk mengelar pergelangan tangannya.
“Ketika kejadian, keluarga Tan sedang bersiap sedia meraikan sambutan Hari Ibu di sebuah restoran,” lapor akhbar itu.
Tan yang dijumpai berlumuran darah oleh jirannya enggan diselamatkan dan mahu dirinya dibiarkan mati.
Tan berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal GST – Peniaga cuba bunuh diri. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment