Amukan mak nyah merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Amukan mak nyah membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Amukan mak nyah

Amukan mak nyah


Pattaya: Seorang pelancong Ireland dirawat kerana cedera selepas dipukul dengan kasut tumit tinggi oleh seorang mak nyah di sini, semalam.
Kejadian berlaku selepas Michael Merry didekati mak nyah terbabit pada jam tiga pagi ketika berjalan di bandar peranginan itu yang memang terkenal kerana kehidupan malam dan kadar jenayah yang luar biasa tinggi.
Beberapa minit sebelum mak nyah itu menyerangnya, Merry, 55, dikatakan menolak pekerja seks itu hingga jatuh kerana tidak suka diganggu.
Mak nyah berkenaan, Wichai Sripalang kemudian bangun, menanggalkan kasutnya dan menyerang lelaki itu dengan memukulnya berulang kali di kepala.
Jurucakap polis tempatan Piyapong Ensan berkata: “Mak nyah itu mendekati mangsa dan menawarkan khidmat seks. Merry menolak tawaran itu tetapi Wichai merangkul lehernya dan menciumnya. Ia membuat lelaki itu menolaknya, menyebabkan Wichai jatuh.
“Apabila bangun, mak nyah itu menanggalkan kasutnya dan memukul mangsa di kepala.”
Merry dirawat di tempat kejadian sementara Wichai ditangkap atas tuduhan menyerang.
Dalam kejadian minggu lalu, seorang mak nyah ditangkap kerana menyerang seorang wanita, juga dengan kasut.
Polis berkata, pergaduhan meletus antara mereka selepas mak nyah itu menawarkan khidmat seks kepada suami mangsa.
Dalam satu lagi kejadian bulan lalu, seorang lelaki Poland cedera parah selepas diserang seorang bouncer dengan buku lima di luar sebuah bar. - Agensi -credit Hmetro


Artikel Amukan mak nyah ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.