SAYU. PELAJAR MMU CYBERJAYA NYARIS DIROMPAK 'KELI AFRIKA' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di SAYU. PELAJAR MMU CYBERJAYA NYARIS DIROMPAK 'KELI AFRIKA' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




SAYU. PELAJAR MMU CYBERJAYA NYARIS DIROMPAK 'KELI AFRIKA'








Hari ni, aku hampir kena rompak dengan brader dalam gambar ni.



Here is how it all went down.



Pukul 12.30, aku baru habis kelas. Tension sebab presentation dalam kelas didn't go according to plan pun tak habis lagi, tetiba kena tahan dengan brader Afrika ni. Dia tegur, bagi salam.



"Assalamualaikum brader, tolong aku sikit boleh?"



"Waalaikumussalam. Nak aku tolong apa?"



(obviously conversation aku dengan dia is in English, aku translate ke BM sebab malas nak ingat balik the exact same words yang kitorang bualkan, dan korang jangan benak sangat tanya macam mana dia boleh faham bila aku cakap BM)



"Macam ni brader, aku nak balik Saudi (sembang lanjut dengan dia lepas tu, dia kata dia born and raised in Saudi), tapi aku tak ada duit nak pergi ke Senai Airport. Flight aku pukul 4.30 petang. Duit aku pulak tertinggal dalam beg, dan beg aku semua tu dah hantar ke sana. Aku mintak tolong dengan kau ni sebab aku tengok kau ni dengan berjanggut misai bagai, confirm Islam. Kita ni saudara seagama, normal lah kalau tolong menolong sesama saudara ni kan?"



Ini hairan aku yang pertama, sebab English dia wallahi, tak bunyi loghat Arab langsung. Bangsa Afrika ramai duduk Saudi, aku tahu, dan diorang cakap bahasa Arab. Tapi dengar cara brader ni cakap, dah macam dengar lagu reggae. Nak kata pekatnya African accent dia tu.



Tapi tak apalah, aku buang jauh-jauh syak wasangka aku. Aku betulkan balik niat, dan disebabkan nak tolong 'sedara' punya pasal kan, aku pun cakap lah dekat dia,



"Ok. So, kau nak berapa? Aku ada RM50 je dalam wallet aku ni. Aku boleh bagi apa yang aku ada je, lebih daripada tu, minta maaf."



Tak jawab soalan aku, dia tukar topik.



"Kau dah tahun berapa dekat sini, aku tak pernah nampak pun. Kau fakulti apa? Duduk hostel? Aku duduk HB2 (hostel MMU), dah lama aku dekat sini. Kalau kau budak baru, mesti tak pernah nampak aku dekat hostel kan?"



"Nak kata aku budak baru, ehh, boleh laa. Tapi tu lah, tak pernah nampak dowh kau dekat hostel. Kau pergi masjid tak?"



Buat perangai dia awal-awal tadi, tukar topik lagi sekali.



Dia ajak aku withdraw duit dekat luar MMU, sedangkan dalam MMU ada ATM. Masa ni aku dah mula pelik (kali kedua), takkan tak tau kot benda basic macam ni.



Dalam perjalanan nak keluar dari MMU nak ke bus stop dekat Cyberia, dia macam tersesat sikit. Yang ni kali ketiga aku pelik. Macam mana dia boleh sesat kalau dah lama dia duduk sini. Nampak sangat brader ni doesn't know his way around MMU. Ceh, ada hati nak kencing aku.



Tapi tak apalah, aku nak tengok apa dia nak buat. So, I followed his lead.



Brader Afrika ni sembang lah dengan aku, cakap cuaca panas lah (padahal Saudi lagi panas kot, takkan tak biasa), tanya aku duduk mana lah, nama apa, sambil ulang point dia pasal Muslim kena tolong Muslim yang lain.



Mungkin dia perasan aku tengah deep in thought, dia pun cakap,



"Kau jangan risau, aku berjanji atas nama Allah yang aku akan bayar duit kau hari ni jugak. Kau pun satu, tak baik sangka buruk sesama Muslim. Aku ni Muslim, dan hari ni aku puasa!"



Aii brader ni, suka hati dia guna nama Allah dan nama agama untuk justify perbuatan dia. Normal lah woi aku put my guard up towards strangers, walaupun kau Muslim. Kau gila ke apa nak suruh aku percaya kau bulat-bulat, sedangkan aku baru kenal kau 10 minit lepas.



"Ok, sebagai jaminan yang aku tak cuba untuk tipu kau, ambil gambar aku dengan fon kau."



Tangan aku memang dah gatal dari tadi nak ambil gambar dia. Dah dia cakap macam tu, aku apa lagi, snap ah terus (ni kali pertama aku ambil gambar).



Sambung perbualan.



"Kau nak pergi Senai naik apa? Kalau naik teksi mahal, naik bas je lah. Murah sikit."



"Weh, tak boleh. Naik bas lambat, aku ambil limousine pergi sana."



Aku dah macam, what the...



"Nah, ambil RM50 ni. Ni je aku boleh bagi, serius."



"Brader, kau kena faham, ni bukan pasal duit. Ni pasal hidup aku. Kalau aku terlepas flight, mampus aku."



Lagi sekali, aku hairan. Dah kalau bukan pasal duit, kejadahnya kau minta tolong aku bayarkan tambang kau pergi Senai?



Aku diam, malas nak argue banyak-banyak.



Bas sampai, aku bayarkan tambang dia apa semua, kitorang ambil tempat duduk.



Dalam bas, aku minta izin dia nak ambil gambar lagi. First, gambar dia seorang, second, gambar kitorang we-fie. Siap suruh ambil nombor dia lagi. Brader ni benarkan aku ambil gambar dan nombor dia mungkin sebab nak gain my trust, tapi entahlah dia sedar atau tak yang benda ni akan backfire balik dekat dia. Mungkin dia berpegang kepada prinsip "high risk, high return." Kot.



Kitorang ambil bas sampai ke D'Pulze (for those of you who don't know, ni nama mall yang baru buka seberang jalan daripada Street Mall), dan kitorang masuk dalam mall untuk cari ATM. Aku tanya lagi sekali, "Cuba cakap kau nak berapa sebenarnya?"



Brader ni pandai, masuk dalam mall baru dia jawab, "Aku nak RM800 je."



Lagi sekali, aku dah rasa macam nak maki dia ni. Tapi aku tahan sebab dia kan 'puasa'.



Kitorang beratur depan ATM. Masa tu tetiba aku terfikir suatu alasan yang aku kira paling brilliant pernah aku reka sepanjang hidup aku.



"Weh brader, aku sakit perut ah. Nak pergi tandas kejap boleh? Tak tahan dah ni. Kau tunggu sini eh, aku pergi kejap je."



Aku blah dari situ, dan tanpa toleh ke belakang, aku terus cari emergency stairs. Laju-laju aku turun sampai ke underground parking lot. Aku lari dari D'Pulze sampai ke MMU. Tengah lari tu, dia call dan mesej aku dua kali (dia dapat nombor aku sebab aku ter-call dia masa dia bagi nombor dia sebelum tu). Memang tak laa aku nak angkat call kau, brader.



Dia mesej aku, "Aku tau kau tipu aku. Gila ah kau, pandai kan kau tipu aku." Kembang hidung aku kejap sebab dia puji kelicikan aku. Ya ah, kalau professional swindler dah acknowledge kau, mau tak bangga, iya dak?



Tamat action flick/thriller/heist yang tak berjaya dari brader ni. Please give him a round of applause. Walaupun tak berjaya, at least dia usaha kan?



Haha.



Ni aku nak pesan,



Warga MMU Cyberjaya dan kawasan sekitarnya, kalau nampak brader ni; do not engage. I repeat, DO NOT ENGAGE. Kalau nak engage jugak, call for back-up (panggil polis atau member korang) atau get the heck out of there. Atau, kalau korang nak troll dia, terpulang.



Nota kaki: Aku sangsi dengan dia not because of his skin colour, tapi sebab cerita dia doesn't add up langsung. Mengarut. Bollocks.



Oh ya, aku cerita kejadian ni dekat member aku, siap tunjuk gambar sekali. Dia cakap yang brader ni pernah cuba nak tipu dia 2 tahun lepas menggunakan modus operandi yang sama.



Hati-hati dengan orang berhati gelap.



(no pun intended)



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SAYU. PELAJAR MMU CYBERJAYA NYARIS DIROMPAK 'KELI AFRIKA'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.