'TAK NAK SEKOLAH, TAKUT USTAZAH MARAH & DENDA SAYA' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'TAK NAK SEKOLAH, TAKUT USTAZAH MARAH & DENDA SAYA' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'TAK NAK SEKOLAH, TAKUT USTAZAH MARAH & DENDA SAYA'

'TAK NAK SEKOLAH, TAKUT USTAZAH MARAH & DENDA SAYA'



Drama pagi Rabu,

Pagi tadi masa berjalan/joging dengan wife aku, Abidah Abdul Ghafar, kami terserempak dengan seorang ibu yang sedang bergegas menghantar anak ke sekolah agama. Waktu itu dah pukul 8.45 pagi, sekolah start pukul 7.30 pagi. Lewat sangat dah.

Anak itu keluarlah dengan tangisan dan rengekan sebab takut kena marah ustazah. Sempat lagi aku pasang telinga. Tetapi disebabkan si ibu itu tengah rushing nak pergi kerja dengan tangan sebelah pula mengendong bayi, jadi dia terpaksa meninggalkan anak lelakinya itu di tepi perhentian bas di hadapan sekolah. Kami cuma memerhatikan sahaja adegan itu sambil melangkah pulang ke rumah.

Beberapa minit kemudian, semasa melintas jalan untuk pulang ke rumah, aku ternampak budak itu di belakang kami. Jadi, kami tegurlah dia dan bertanya kenapa tidak masuk ke sekolah, duduk di mana, umur berapa tahun.

Budak itu baru darjah dua dan tinggal 1.5 kilometer dari sekolah agama tersebut. Dia tidak mahu masuk ke kelas dengan alasan takut dimarahi dan didenda oleh ustazah. Perjalanan balik ke rumah budak itu perlu melalui dua simpang lampu isyarat (satu jalan empat lorong dan satu lagi dua lorong).

Walaupun agak lengang, tetapi tahu-tahu sajalah perangai pemandu di Malaysia yang gemar tidak mengendahkan lampu isyarat merah, kami tidak yakin untuk membiarkan budak darjah dua itu balik seorang diri. Tambahan pula, banyak kes penculikan berlaku kebelakangan ini.

Jadi, kami pun menawarkan diri untuk menghantar dia ke kelas dan berjumpa dengan ustazah. Kami cuba memujuk dan menyakinkan dia yang ustazah tidak akan marah sebab bukan salah dia.

Bila ditanya mengapa lewat, jelasnya pada pagi itu ibunya mempunyai masalah. Bapanya pula kerja di luar kawasan selama empat hari, esok baru balik.

Jadi, sampai ke kelas, kami bertemu dengan ustazah muda dan memaklumkan apa yang terjadi. Ustazah menarik nafas lega, kami senyum sahaja. Masalah selesai dengan baik.

PENGAJARAN DARI CERITA INI

1. Walau stress bagaimanapun, berikanlah keutamaan pada anak berbanding perkara yang lain. Mereka adalah aset. Kerja boleh ditukar, majikan boleh ditukar, anak hilang, tak boleh ditukar ganti.

2. Bila lewat ke sekolah dan nampak mood anak kurang baik, pastikan kita menghantar mereka sampai ke kelas atau paling tidak mereka sudah masuk ke kawasan sekolah. Jangan sesekali meninggalkan mereka di tepi jalan begitu sahaja.

3. Cikgu/Ustazah/Ustaz, kalau anak murid lewat, jangan marah-marah atau didenda. Bimbang mereka fobia dan lagipun bukan salah mereka.

4. Zaman sekarang banyak kes culik, kemalangan disebabkan kurang keperihatinan dalam masyarakat. Jadi, jika ternampak sesuatu perkara yang meragukan di sekeliling kita, kenalah 'menyibuk' sikit.

Sekian, wassalam.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'TAK NAK SEKOLAH, TAKUT USTAZAH MARAH & DENDA SAYA'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.