Rasai kesegaran dan keunikan ABC Kelapo di Tanjong Ipoh - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Rasai kesegaran dan keunikan ABC Kelapo di Tanjong Ipoh harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Rasai kesegaran dan keunikan ABC Kelapo di Tanjong Ipoh








JIKA anda seorang penggemar ABC, apa kata luangkan sedikit masa untuk merasai kesegaran dan kemanisan ABC Kelapo di Kedai Laksa Utara yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd Samad (SMKDAS), Tanjung Ipoh, di sini.



Malah, anda pasti lebih teruja untuk merasainya apabila ABC Kelapo ini dicampur dengan pelbagai bahan seperti kacang, laici, agar-agar dan ais krim bagi menambah kelazatan ABC ini.



Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati ABC istimewa ini, namun mereka juga boleh menikmati hidangan seperti seperti mi kari, nasi ayam, burger dan air kelapa selain merasai keenakan laksa utara yang disediakan sendiri pemilik Kedai Laksa Utara ini.



Pemiliknya, Nor Nadia Modzir, 30, yang mengusahakan kedai tersebut bersama suaminya, Suhaimi Mohd Nor, 37, sejak lima tahun lalu.



Kata Nor Nadia, pada mulanya, mereka hanya menjual ABC secara kecil-kecilan setiap jam 11 pagi hingga 6 petang dan dia tidak menyangka perniagaannya kini semakin berkembang.



“Sebelum ini kami hanya berniaga ABC sahaja tetapi sejak pelanggan semakin ramai, kami cuba mencari kelainan. Kebetulan ketika itu, kami turut menjual air kelapa dan melihat jumlah biji kelapa yang banyak, kami mula memikirkan sesuatu yang unik untuk dijual di kedai ini.



"Jadi terhasillah ABC Kelapo ini yang mula dijual sejak Februari lalu. Awalnya, orang ramai masih belum mengetahui kewujudan ABC Kelapo sehinggalah ia diviralkan di laman sosial grup Facebook Kuala Pilah. Sejak itu, ABC Kelapo semakin terkenal dan ramai pengunjung datang ke sini untuk merasai ABC Kelapo dan laksa utara,” katanya.



Dalam pada itu, kata Nor Nadia, jualan air kelapa ada pasang surutnya memandangkan pada April, buah kelapa tidak berbuah atau lebih dikenali musim pokok kelapa melawas.



“Bagaimanapun, kami tetap membuka kedai seperti biasa kecuali Rabu. Dijangka keadaan ini akan pulih semula pada awal Mei ini. Kami mendapat bekalan merata tempat untuk memastikan bekalan kelapa pandan atau kelapa mawar warna kuning sentiasa ada kecuali musim pokok kelapa melawas,” katanya.



Katanya, meskipun GST telah dilaksanakan, harga makanan di kedainya masih tetap sama.



“Kami tetap menjual juadah makanan seperti laksa utara dengan harga RM3.50 begitu juga air kelapa dengan harga RM3 dan ABC Kelapo berharga RM6,” katanya.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Rasai kesegaran dan keunikan ABC Kelapo di Tanjong Ipoh. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.