GST: Punca mental rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan terjawap akhirnya - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di GST: Punca mental rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan terjawap akhirnya harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




GST: Punca mental rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan terjawap akhirnya








KUALA LUMPUR: Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.



Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.



"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.



"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.














Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.



Ahmad dilaporkan berkata, kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dimanipulasi kumpulan tertentu.



Bagaimanapun, Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menasihati pelajar universiti itu untuk tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan GST sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.



Dalam pada itu jelas Dr Abdul Jalil, masyarakat akan faham kelak mengenai kenyataan Ahmad mengenai GST yang memberi faedah kepada semua.



"Macam seorang ayah yang memberi nasihat kepada anaknya, semasa kecil anak itu mungkin memberontak dan enggan menurut kata.



"Namun akhirnya apabila anak itu berjaya, dia akan ingat kembali nasihat itu yang membawa kejayaan kepada dirinya, pastinya ia mengambil sedikit masa," ujarnya.



Katanya lagi, walaupun dilihat menjadi kambing hitam, ia disifatkan tidak mematahkan semangat Ahmad untuk terus menjadi perantara kerajaan dengan rakyat dalam isu berkenaan.



"Kemarahan rakyat kini seumpama air limpah, mereka emosi dan ia seharusnya dialurkan ke jalan yang betul agar tidak timbul kesan negatif pada masa akan datang.



"Ahmad perlu bijak menyerap tekanan dan terus memberi penerangan tentang isu yang membawa kebaikan kepada negara," jelasnya.



Sebuah akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ahmad yang memaafkan semua pihak yang menohmahnya mengenai isu GST.



"Saya sedia dari segi mental dan fizikal, tetapi harap pihak-pihak tertentu berlaku adil, janganlah kata ibu saya khinzir, janganlah kata saya mati malam tadi, itu terlalu teruk.



"Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini. Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini," katanya.



Sebelum ini, Ahmad menjelaskan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal GST: Punca mental rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan terjawap akhirnya. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.