SARAWAK JADI TEMPAT 'PEMBUANGAN' LAMBAKAN GURU DARI SEMENANJUNG? - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di SARAWAK JADI TEMPAT 'PEMBUANGAN' LAMBAKAN GURU DARI SEMENANJUNG? harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




SARAWAK JADI TEMPAT 'PEMBUANGAN' LAMBAKAN GURU DARI SEMENANJUNG?








Sarawak kini menjadi tempat lambakan guru dari semenanjung Malaysia yang tidak mendapat penempatan di sekol#ah-sekolah di sana.



Guru-guru terbabit dihantar ke Sarawak tanpa mempedulikan sama ada sekolah di Sarawak memerlukan kepakaran mereka ataupun tidak.



Keadaan ini mendatangkan beban dan menyukarkan pihak sekolah apabila mendapati guru-guru terbabit tidak sesuai mengajar di Sarawak, jelas Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Jis#in Nyud.



"Isu ini telah pun dibangkitkan beberapa kali kepada Kementerian Pendidikan, namun masih belum diselesaikan. Paling menyedihkan adalah sekolah yang terlibat terpaksa menerima mereka.



"Apa yang lebih memburukkan keadaan, ada se#setengah guru-guru ini tidak boleh mengajar mata pelajaran lain menyebabkan sekolah tiada pilihan selain menugaskan mereka untuk mengajar mata pelajaran elektif dan tambahan," katanya.










Tambahnya lagi, tindakan Kementerian Pendidikan menghantar guru yang tidak menetapi keperluan ini bagaikan satu tindakan yang kelakar dan melepaskan tangan.



"Apa yang kelakar adalah, jika mereka tidak memiliki guru yang menepati keperluan Jabatan Pendidikan Negeri, mengapa mer#eka masih terus menghantar 'guru yang salah' ke sini?



Pada masa sama, tekannya lagi, warga tempatan yang memiliki ijazah pendidikan dari institusi swasta masih lagi mencari kerja, sama ada sebagai guru atau pensyarah, yang layak untuk diserap masuk sebagai tenaga pengajar.



Beliau berkata lagi, ketika menjalani praktikal di sek#olah, ramai graduan itu yang didapati “sangat bagus, komited dan bersemangat untuk mengajar”.



“Maka, jika kita tidak manfaatkan graduan-graduan ini, ia adalah satu kerugian sumber manusia.



“Selaku warga Sarawak, saya benar-benar simpati te#rhadap mereka kerana ijazah berharaga yang mereka miliki tidak pun dipedulikan Kementerian Pendidikan. Jika saya adalah bapa mereka, saya juga akan merasa amat kecewa.



“Melihat syarat yang digariskan dalam permohonan atas talian untuk memasuki institusi perguruan dan universiti, saya yakin ramai anak-anak kita yang memenuhi kriteria.”



STU yang memiliki ribuan ahli serata negeri memang te#pat ketika menilai dan menganalisis isu dan masalah berkaitan guru dan kerjaya perguruan.



STU tidak menunjukkan kecondongan politik dalam matlamat dan tindakannya, dan mendapat penghormatan sektor awam dan swasta, serta politikus di kedua-dua pihak.



Dakwaan lambakan guru oleh Jisin adalah salah satu da#ripada senarai panjang isu yang diperjuangkan STU, dengan harapan dapat membawa perubahan positif kepada sekolah dan suasana pendidikan di negeri itu.



Jika Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bertegas yang pekerjaan tidak mengikut kelayakan tidak boleh berlaku lagi jika Sarawak ingin merealisasikan sasaran pengindustriannya, Jisin melihat hal yang sama berlaku dalam sektor pendidikan di sana.



“Ini (pekerjaan mengikut kelayakan) amat penting ker#ana mereka yang dilatih dalam sesuatu bidang sahaja tahu tentang bidang tersebut.



“Jika kita tidak menepati apa yang diperlukan, jangan harap Sarawak akan makmur. Inilah yang sedang berlaku dalam perguruan sekarang.”



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SARAWAK JADI TEMPAT 'PEMBUANGAN' LAMBAKAN GURU DARI SEMENANJUNG?. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.