Kisah bayi ‘duyung’ pelesu terjawap - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Kisah bayi ‘duyung’ pelesu terjawap harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Kisah bayi ‘duyung’ pelesu terjawap








JOHOR BAHRU -Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seek#or ikan duyung di Hospital Pontian, semalam disahkan sebagai tidak benar.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan.



“Saya boleh katakan bahaw#a gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah palsu.



“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” katanya di sini semalam.



Ayub berkata, masyarakat seca3ra umumnya dinasihati supaya memastikan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu supaya ia tidak mencetuskan pelbagai masalah kepada individu lain dan pihak-pihak berkaitan.



“Saya memohon agar orang ramai lebih berhati-hati dalam memastikan kebenaran dan kesahihan sebarang berita atau gambar di dalam internet.



“Sebarang berita yang tiada kep#astian dan kebenarannya perlu dirujuk dengan pihak berwajib terlebih dahulu sebelum disebarkan di dalam media sosial kerana ia boleh mengundang keresahan, keghairahan dan masalah kepada pihak terbabit, sekali gus memberi kesan kepada prestasi mereka,” katanya.



Gambar bayi yang dilahirkan cacat dengan kakinya melekat seperti kelihatan duyung itu mula menjadi viral dalam laman sosial semalam, kerana bayi malang itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.



Bagaimanapun setelah diselidiki mener#usi beberapa carian dalam laman web mendapati gambar bayi berkenaan dipercayai telah muncul dalam satu akaun Facebook milik seorang wanita Myanmar pada 19 Mac lalu, dan turut ditayangkan dalam laman Facebook, Top Myanmar News.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kisah bayi ‘duyung’ pelesu terjawap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.