Pengantin bingung tempahan makanan kena GST - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Pengantin bingung tempahan makanan kena GST harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Pengantin bingung tempahan makanan kena GST








KANGAR - Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan depan kecewa, apabila tempahan makanan yang dibuatnya oleh sebuah syarikat katering Januari lalu dik#enakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Bakal pengantin yang mahu dikenali sebagai Laila berkata, dua hari lalu dia dihubungi syarikat tersebut memaklumkan makanan yang ditempahnya akan dikenakan GST sebanyak enam peratus.



“Saya hairan kenapa saya dikenaka#n GST sedangkan semasa saya membuat tempahan awal tahun lalu, syarikat tersebut memberitahu pihaknya tidak mengenakan GST.



“Saya sudah buat pembayaran pendahuluan kira-kira RM600 pada Januari lalu dan bakinya kira-kira RM10,000 lagi akan dibayar seminggu sebelum majlis,” katanya.



Menurutnya, dia masih tidak faham den#gan tindakan syarikat katering dari Jitra, Kedah itu untuk mengenakan GST terhadap tempahan makanannya sedangkan tempahan dibuat lebih awal.










Katanya, kenaikan harga makanan yang ditempah itu menyebabkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan melebihi sepatutnya.



“Saya akan adakan kenduri pada bulan dep#an, sekiranya saya hendak membatalkan tempahan, saya risau tidak ada syarikat katering yang akan terima tempahan di saat akhir.



“Jika saya dimaklumkan lebih awal, ia memudahkan saya untuk membuat perkiraan,” katanya.



Sementara itu, wakil syarikat katering tersebut ketika dihubungi menjelaskan syarikat itu sudah berdaftar dengan pihak Kastam dan mere#ka diwajibkan mengenakan GST sebanyak enam peratus kepada pelanggan yang menerima tempahan makanan pada bulan April.



“Pihak kami baru saya menerima pengesahan bahawa syarikat perlu mengenakan GST, jadi sebaik menerima pengesahan tersebut kami terus menghubungi pelanggan.



“Pelanggan masih boleh membuat pilihan sama ada mahu meneruskan tempahan atau membatalkan tempahan. Sekiranya mereka mah#u membatalkan tempahan, pihak syarikat akan pulangkan kembali wang pendahuluan yang sudah dibayar,” katanya.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pengantin bingung tempahan makanan kena GST. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.