Berhentilah Salahkan Adik Saya - Kakak Kapten Zaharie - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Berhentilah Salahkan Adik Saya - Kakak Kapten Zaharie harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Berhentilah Salahkan Adik Saya - Kakak Kapten Zaharie








PETALING JAYA: Kakak kapten pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah meminta orang rama#i supaya berhenti menyalahkan adiknya sebagai dalang kehilangan pesawat tersebut yang masih kekal misteri sehingga hari ini.



Kakak sulung Zaharie, Sakinab Shah berkata ahli keluarganya tidak akan berhenti berdoa agar misteri kehilangan pesawat tersebut terungkai tidak lama lagi.



"Seperti apa yang berlaku sehingg#a hari ini, tiada bukti nyata untuk ditunjukkan, tiada siapa, sama ada anda ahli politik, saintis, pakar penerbangan, penyiasat kemalangan pesawat, juruterbang, juruterbang bersara, media atau sesiapa sahaja... tiada siapa dikalangan anda ada hak untuk menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah atas kehilangan pesawat tersebut," katanya dalam satu kenyataan menjelang ulang tahun setahun kehilangan MH370.



Sakinab Shah berkata, orang ramai mungkin tidak mempunyai perasaan dengan mempercayai berita tidak benar yang didakwa media bahawa Zaharie menghadapi masalah rumah tangga dan sedang dalam proses penceraian.










Katanya, walaupun terdapat ban#yak komen membina yang dihargai, segelintir media seperti serigala kelaparan memutarbelitkan fakta mengenai kehilangan pesawat itu.



"Meluat. Pada satu ketika, kami mengeluarkan surat peguam kepada beberapa agensi media tempatan supaya menghentikan khabar angin tersebut," katanya yang kali terakhir bertemu Zaharie dua minggu sebelum kejadian itu.



Sakinab berkata Zaharie adalah se#orang yang penyayang, berfikiran terbuka dan sanggup menghulurkan bantuan apabila diperlukan.



"Kehadirannya pada majlis bersama keluarga tidak pernah menghampakan. Dia selalu dicari oleh kakak, abang, sepupu dan anak saudara... seorang lelaki yang berintegriti. Beliau adalah seorang adik yang murah hati dan bapa saudara yang tidak pernah lokek memberikan buah tangan apabila pulang dari luar negara," katanya.



Zaharie, 53, yang sudah berkahwin dik#urniakan tiga orang anak dan seorang cucu.



Pesawat MH370, dengan 239 orang di atas kapal dalam perjalanan ke Beijing dilaporkan hilang kira-ki#ra sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



Pesawat tersebut dipercayai berakhir di Lautan Hindi.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Berhentilah Salahkan Adik Saya - Kakak Kapten Zaharie. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.