Wanita Arab gugat industri pelacu ran di Malaysia merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Wanita Arab gugat industri pelacu ran di Malaysia membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Wanita Arab gugat industri pelacu ran di Malaysia






Perlaksanaan undang-undang yang longgar menyebabkan ramai gadis arab yang cantik meniaga body di Malaysia.Lagipun pelanggannya orang arab juga.



Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan menakutkan mereka. Kalau di Malaysia mereka bebas tayang body untuk berniaga.



Perniagaan maruah yang menguntungkan ini menyebabkan semakin ramai gadis-gadis cantik ini bekerja disini.



Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat. Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.



Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud. Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati. Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur, katanya.



Menurut Abdul Jalil, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.



Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini. Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.



Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya. Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.



Katanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh.-sumber



Artikel Wanita Arab gugat industri pelacu ran di Malaysia ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.