Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri






Wisconsin – Ia merupakan satu uji kaji yang menjijikkan dan tidak terfikir oleh akal. Itu yang berlaku kepada seorang saintis yang juga pelajar PhD di Universiti Winconsin, Cecilia Westbrook. Dia menggunakan bakteria daripada vaginanya sendiri untuk menghasilkan yogurt.

Menurut Westbrook, pada mulanya dia ingin menggunakan sperma lelaki namun disebabkan dia gagal memperolehinya, maka dia terfikir untuk menggunakan bakteria berkenaan.

“Jika anda boleh menghasilkan yogurt daripada flora, kenapa ia tidak boleh.

“Sudah tentu sebagai seorang feminis, saya ingin katakan bahawa terdapat kecantikan dalam badan yang boleh diterokai dan dijadikan makanan,’’ katanya yang memberi alasan kenapa dia menghasilkan uji kaji menjijikkan itu.

Westbrook menggunakan sudu kayu untuk mendapatkan bakteria itu dan kemudiannya meninggalkan bakteria dalam yogurt itu semalam.

Selepas bangun tidur, dia makan yogurt berkenaan bersama blueberry dan menyifatkan rasanya sama seperti yogurt India.

Selepas menjalankan kajian berkenaan, dia dan temannya, Janet Jay mengemukakan uji kaji berkenaan kepada microbiologis di universiti Idaho, Larry Forney.

Forney bagaimanapun memberi amaran ia adalah idea yang teruk dan boleh menyebabkan uji kaji itu berakhir dengan sesuatu yang buruk kerana terdapat banyak bakteria dalam vagina, bukan hanya bakteria lactobacilli yang biasa digunakan untuk menghasilkan yoguart..sumber





Artikel Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.