Nenek 58 Tahun Ditangkap Basah Dengan Warga Bangla - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Nenek 58 Tahun Ditangkap Basah Dengan Warga Bangla harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Nenek 58 Tahun Ditangkap Basah Dengan Warga Bangla










Seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bang#ladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.



Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.



Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi kelmarin dan sudah melakukan seks meskipun pada awalnya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan per#kara itu.



Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.



Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi pr#oses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.



Pada operasi sama, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini, turut ditahan kerana berdua-duaan bersama pasangannya dalam bilik hotel.










Enggan memberikan kerjasama, pihak pengua#tkuasa terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak hotel untuk mendapatkan kunci tambahan bagi membuka pintu bilik pasangan terbabit.



Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air, manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun di atas katil dalam keadaan berpura-pura nyenyak tidur, namun kedua-duanya berpakaian lengkap.



Ketika ditanya, mereka mengakui baharu sah#aja masuk hotel tersebut sekitar jam 12 tengah malam, dan mendakwa tidak melakukan kegiatan tidak bermoral.



Bagaimanapun, mereka tetap ditahan kerana berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.



Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagi#an Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau, oleh pihaknya.



"Semua 14 individu itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat," katanya.



Ops berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasa Ja#ij, Khairudin Mat Ali, bersama lima anggota di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Nenek 58 Tahun Ditangkap Basah Dengan Warga Bangla. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.