Punca Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk Kelas Amat Membingungkan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk Kelas Amat Membingungkan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Punca Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk Kelas Amat Membingungkan








KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.



Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.



Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.



“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.










Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..



Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.



Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.



"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."



“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).



“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.



“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”



"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya



Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung.










Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk Kelas Amat Membingungkan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.