Punca Gadis Cun Melecun Dari Itali Semakin Pandai Tebar Roti Canai Dan Buat Teh Tarik Terjawap - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca Gadis Cun Melecun Dari Itali Semakin Pandai Tebar Roti Canai Dan Buat Teh Tarik Terjawap harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Punca Gadis Cun Melecun Dari Itali Semakin Pandai Tebar Roti Canai Dan Buat Teh Tarik Terjawap








Masih ingatkah anda nama Chantal Viola? beliau sekarang dikatakan sudah pandai menebar roti canai di Gerai Din Roti Canai, Jalan SMT Jalan Stadium Alor Setar ini.



Chantal Viola, 17, pelajar sebuah sekolah sains, Liceo Sciemtifico Statale Democrito di Rome, Itali sudah enam bulan menjadi pembantu di warung ini yang pernah menjadi viral beberapa minggu lalu.



Beliau mengikuti progam pertukaran pelajar anjuran Yayasan Antarabudaya Malaysia (AFS) dan ditempatkan di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dengan tinggal dengan sebuah keluarga angkat berhampiran sekolah tersebut.



“Saya jadi pembantu warung hanya pada hari cuti sekolah bagi membolehkan saya belajar dan berkomunikasi dengan masyarakat tempatan. Saya suka belajar bahasa Melayu. Enam bulan saya di sini, sekarang saya boleh cakap sikit-sikit bahasa Melayu.



“Saya sudah boleh ambil ‘order’. Bila orang cakap mahu roti canai, teh tarik, saya dah faham,” katanya dan menambah dia juga sudah pandai membuat teh ais dan teh o ais.



Menurut Chantal, dia kini sudah pandai menebar roti canai dan membuat teh tarik dan turut menyukai kedua-dua menu tersebut sejak sampai ke sini.








Dia mula bekerja selepas mengikut kawan karibnya di sini iaitu Nur Sahira Md Sallehuddin, 17, ke gerai milik bapanya iaitu Mohd Sallehuddin Shaari, 46.



Selain itu beliua turut berkongsi pengalamannya hari pertama persekolahan dengan cuaca disini ditambah kali pertama bertudung.










“Kali pertama pakai tudung pergi sekolah, saya pengsan sebab cuaca terlalu panas. Sekarang saya lebih selesa bertudung. Saya sekarang sudah pandai pakai tudung bawal dan shawl,” jelasnya.



Menurut keluarga angkat Chantal, Ishak Md Shah, 59, yang juga guru di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar berkata beliau tidak menghalang Chantal minat Ghantal untuk bekerja diwarung tersebut hujung minggu kerana itu memberi kelebihan kepada gadis tersebut untuk menguasai bahasa Melayu melalui komunikasi dengan orang ramai.



Beliau turut menyifatkan gadis itu sebagai seorang yang rajin membuat kerja dengan turut membantu isterinya mengemas rumah, mencuci dan memasak.



Sementara itu wakil AFS Kedah, Rohaya Md Yusoff berkata Chantal merupakan seorang daripada lima pelajar asing yang ditempatkan bersama keluarga angkat di negeri ini sejak Julai tahun lepas.



Katanya program itu selama setahun bagi memberi peluang pelajar asing mengenali budaya Malaysia.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca Gadis Cun Melecun Dari Itali Semakin Pandai Tebar Roti Canai Dan Buat Teh Tarik Terjawap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.