"Pencuri Jujur" Gantikan Balik Barang Dicuri Sewaktu Banjir merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga "Pencuri Jujur" Gantikan Balik Barang Dicuri Sewaktu Banjir membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
"Pencuri Jujur" Gantikan Balik Barang Dicuri Sewaktu Banjir
Gambar menunjukkan satu beg plastik berisi toiletries yang dipulangkan oleh seorang pencuri kepada sebuah kedai runcit kini hangat diperkatakan netizen.
Barangan tersebut dipercayai dicuri seorang mangsa banjir baru-baru ini, berdasarkan nota ditinggalkan pada plastik berkenaan yang berbunyi ‘Harap maafkan saya kerana mencuri barang ketika banjir hari itu. Saya pulangkan balik.’
Individu yang bertanggungjawab bagaimanapun tidak diketahui kerana dia dipercayai segera menghilangkan diri sebaik sahaja memulangkan barangan yang pernah dicurinya itu.
Lokasi kedai tersebut juga tidak didedahkan oleh sumber yang berkongsi gambar ini.
Sementara itu, ramai berpendapat mangsa banjir tersebut berkemungkinan terlalu terdesak hingga menyebabkan dia bertindak mencuri tempoh hari.
Tak dinafikan, banjir yang melanda baru-baru ini agak dahsyat keadaannya di sesetengah tempat, hinggakan ada penduduk di kawasan tertentu terputus barangan keperluan.
Apa pun sebagai penganut Islam, kita harus ingat bahawa ‘matlamat tidak pernah menghalalkan cara’. - MyNewsHub
Artikel "Pencuri Jujur" Gantikan Balik Barang Dicuri Sewaktu Banjir ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment