7 Gambar Sedih : Suka duka hari pertama Sekolah di Manek Urai - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 7 Gambar Sedih : Suka duka hari pertama Sekolah di Manek Urai harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




7 Gambar Sedih : Suka duka hari pertama Sekolah di Manek Urai








Kuala Krai : Keadaan serba kekurangan tidak mematahkan semangat kira-kira 200 murid Sekolah Kebangsaan Manek Urai untuk memulakan hari pertama persekolahan mereka.



Dengan berseluar trek, berbaju T, berselipar jepun, tanpa buku mahupun beg galas, mereka mula tiba ke sekolah pada pukul 7.20 pagi dengan dihantar ibu bapa walaupun jalan ke sekolah masih lagi berlumpur.


























Walaupun sekolah itu masih tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana belum mempunyai peralatan lengkap, beberapa ibu bapa turut hadir bagi mendaftar persekolahan anak-anak mereka secara manual.



Muhammad Qafari Aminarosnawi, 11, dari Kampung Manek Urai Lama berkata walaupun tiada pakaian seragam lengkap namun ia tidak menjadi masalah buat dirinya untuk memulakan sesi persekolahan hari ini.










"Saya ke sekolah hari ini nak jumpa balik kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, juga nak jumpa guru-guru sebab baru ni cuti panjang," katanya yang turut melahirkan rasa sedih melihat sekolahnya yang masih dalam keadaan berlumpur dan mengenangkan pakaian dan peralatan sekolah yang telah dihanyutkan banjir.



Anak ketiga daripada empat itu yang kini merupakan pelajar tahun lima adalah antara mangsa lebih 500 mangsa banjir yang terperangkap di tingkat tiga sekolah berkenaan yang dijadikan pusat pemindahan banjir pada bulan lepas.



Sementara itu, guru besar sekolah tersebut Yusof Ismail berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 500 buah kerusi dan meja plastik sebagai bantuan awal daripada Jabatan Pendidikan Kelantan, semalam.



"Sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan dengan menggunakan peralatan yang sedia ada".



Yusof berkata, sekolah berkenaan mempunyai lebih 400 murid namun berbangga dengan kehadiran hari ini memandangkan ramai yang masih trauma dengan bencana tersebut.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 7 Gambar Sedih : Suka duka hari pertama Sekolah di Manek Urai. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.