Tujuan ziarah maqam aulia adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Tujuan ziarah maqam aulia membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Tujuan ziarah maqam aulia



*




Seorang bertanya kepada al-Habib Umar bin Hafidz, dia menanyakan : Kenapa ziarah maqam Aulia..??!!! Sedangkan mereka tiada memberi kuasa atau manfaat apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah…??!”


Al-Habib Umar bin Hafidz lantas menjawab : “Benar wahai saudaraku, aku juga berpendapat sama denganmu, bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan dan manfaat apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan ku dengan dirimu, kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini untuk cinta kepada Allah...!!!


Tapi aku sangat heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia, mereka juga tiada kuasa dan manfaat apa-apa. Bahkan duduk dgn mereka mematikan hati dan membuat lupa pada Allah. Yang mana kehidupan mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Rumah dan tempat tinggal mereka adalah tempat yang tiada membangkitkan jiwa untuk cinta pada Allah.


Hakekat kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup, banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati, sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup.Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada' walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerana ia mengingatkan aku bahwa hidup adalah perjuangan, kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada perjuangan cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenaran cinta mereka. Wahai saudaraku, ku ziarah maqam Aulia, kerana pada maqam mereka ada cinta, lantaran Cinta Allah pada mereka, seluruh tempat bersimpuh mereka dicintai Allah. Cinta tiada mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya.


Aku berziarah kerana sebuah cinta, juga kerana ingin mengambil semangat mereka, agar aku dapat mengikuti mereka dalam mujahadahku. Aku mengangkat tangan di sisi maqam mereka, bukan meminta kuasa/manfaat dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar aku juga dicintai Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.





*





Tujuan ziarah maqam aulia ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.