Perlaksanaan Hudud Akan Memecah-belahkan Rakyat Malaysia - Marina - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Perlaksanaan Hudud Akan Memecah-belahkan Rakyat Malaysia - Marina harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Perlaksanaan Hudud Akan Memecah-belahkan Rakyat Malaysia - Marina








KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan masyarakat berbilang agama.



Menurutnya, beliau berharap hukum tersebut tidak dilaksanakan kerana “Walaupun hukum Hudud hanya untuk warga muslim, tetapi kita hidup di dalam suasana masyarakat yang bercampur-campur, jadi kelak semua orang akan terlibat.”



Beliau yang juga merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan, mengikut apa yang diketahuinya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan hukum Hudud ini dilaksanakan.



Bahkan, Marina mendakwa, sekarang bukannya masa untuk Malaysia melaksanakan undang-undang seperti itu.



“Mengikut perlembagaan, setahu saya memang tidak boleh, saya harap ini bukan masanya untuk undang-undang Hudud macam ni,” ujarnya lagi.










Marina mendakwa, beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.



Dalam pada masa yang sama, Marina turut tidak menolak bahawa perlaksaan hukum Hudud ini mempunyai kaitan dengan politik yang dimainkan oleh PAS.



“PAS sudah membuat janji pada masa dahulu. Sekiranya tidak dilaksanakan, nanti orang kata PAS tidak ikut janji.



“Tetapi, PAS kena berjanji benda yang betul-betul, yang membawa kebaikan kepada masyarakat pada amnya dan bukannya pada satu-satu kumpulan sahaja,” katanya semasa ditemui media di Institut Pengurusan Wanita.



Kenyataan Kelantan sebelum ini Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob menyatakan, akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas pada 29 Disember.



Ia bagi mengemukakan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan (EKJS II) berkaitan hukum Hudud.



Jelasnya lagi, pindaan tersebut perlu dibuat untuk melayakkan Kelantan membawa usul rang undang-undang persendirian EKJS II ke sidang Dewan Rakyat di Parlimen dan seterusnya melaksanakan hukum Hudud di negeri itu.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Perlaksanaan Hudud Akan Memecah-belahkan Rakyat Malaysia - Marina. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.