MB N9 bongak? Adun Palong diarah keluar dewan. Penduduk Jempol mahu RTC di Palong seperti dijanjikan MB! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di MB N9 bongak? Adun Palong diarah keluar dewan. Penduduk Jempol mahu RTC di Palong seperti dijanjikan MB! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
SEREMBAN 8 Dis. – Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) enggan menarik balik perkataan berbohong yang dilemparkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Berikutan itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Palong) diarahkan keluar selama 30 minit dari dewan oleh Speaker DUN, Datuk Dr. Awaludin Said pada kira-kira pukul 10.55 pagi.
Kekecohan bermula selepas Mohamad menjawab soalan tambahan daripada Lilah yang mempertikaikan mengenai pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Rembau.
Lilah mendakwa pembinaan RTC di Rembau telah diarahkan oleh Mohamad yang menafikan tuduhan itu dan memberitahu, keputusan itu dibuat oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selepas pegawai kementerian itu membuat lawatan ke negeri ini.
Lilah kemudian menuduh Mohamad berbohong dengan alasan beliau telah bertanya sendiri perkara itu kepada pegawai KKLW.
Mohamad kemudian meminta Lilah menarik balik perkataan berbohong itu kerana tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa beliau telah melakukan perbuatan itu.
Dr. Awaludin kemudian mengarahkan Lilah keluar dewan selama 30 minit selepas dia enggan menarik balik perkataan itu dan mempertahankan dakwaannya.
Persidangan kemudian diteruskan selepas Lilah keluar dan beliau dilihat kembali ke tempat duduknya selepas 30 minit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
MB N9 bongak? Adun Palong diarah keluar dewan. Penduduk Jempol mahu RTC di Palong seperti dijanjikan MB!

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal MB N9 bongak? Adun Palong diarah keluar dewan. Penduduk Jempol mahu RTC di Palong seperti dijanjikan MB!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment