Indon Bongih, Malaysia Tiru Perkataan 'Jamu' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Indon Bongih, Malaysia Tiru Perkataan 'Jamu' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Indon Bongih, Malaysia Tiru Perkataan 'Jamu'








Sebuah syarikat jamu yang terkenal di Indonesia mendakwa Malaysia meniru jamu negara itu, semalam.



Menurut Presiden Pengarah PT Mustika Ratu Tbk Putri Kuswisnu Wardani berkata, Malaysia tidak sepatutnya menggunakan perkataan 'jamu' untuk ubat tradisional kerana perkataan itu berasal dari bahasa Jawa. (Apa di Malaysia takde Jawa ke makcik?)



Menurutnya lagi, masyarakat Melayu Malaysia pada zaman dulu menggunakan perkataan ‘ubat kampung’ tetapi kerana semakin popular ia diubah menjadi ‘jamu Malaysia.’



“Malaysia menamakan ubat tradisionalnya ubat kampung. Seperti di China, ada ‘Chinese medicine.’ Di India, namanya ayuveda. Tetapi sejak kebelakangan ini, pengeluar ubat tradisional di Malaysia menamakan produk mereka ‘jamu,” kata Putri kepada wartawan di Kementerian Perdagangan Indonesia di Jakarta, semalam.










Menurutnya, perkataan jamu itu berasal dari bahasa Jawa yang bererti ramuan kesihatan dan ia tidak ada dalam perkataan Melayu.



Dia menggesa supaya perkataan jamu itu didaftarkan segera sebagai milik Indonesia.



“Jamu berasal dari Indonesia. Asal perkataan jamu itu ialah ‘jampi usodo,’ bahasa Jawa yang bererti ramuan kesihatan. Kita perlu daftarkan perkataan itu segera,” kata Putri.



Sehubungan itu, dia mendesak Indonesia mendaftarkan perkataan berkenaan sebagai warisan budaya nasional asli Indonesia di UNESCO.



Putri berkata, dia sudah bertemu dengan Menteri Kajian Teknologi dan Pelajaran Tinggi M Nasir untuk tindakan lanjut segera.



“Kami menemui Nasir untuk mengemukakan perkara ini. Jangan sampai produk kita didakwa milik negara lain,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Indon Bongih, Malaysia Tiru Perkataan 'Jamu'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.