“Bahu bini saya patah sebab bonggol ‘maut’ di Bukit Jalil” - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di “Bahu bini saya patah sebab bonggol ‘maut’ di Bukit Jalil” harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Kewujudan bonggol ‘maut’ berdekatan dengan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini ternyata meresahkan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.
Difahamkan, pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal sering mengalami kemalangan ekoran permukaan bonggol tersebut yang tidak jelas ketika siang dan malam.
Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, jalan yang dikatakan itu adalah Jalan Merah Cagar yang merupakan laluan di sepanjang kawasan stadium berkenaan.
Seorang pengadu, Mohd. Naim Mohd. Isa, 29, berkata bonggol berkenaan betul-betul berada selepas pada selekoh jalan dan kebanyakan pengguna jalan raya tidak dapat melihatnya dengan jelas.
Menurutnya, memburukkan lagi keadaan tidak ada sebarang cat atau alat yang diletakkan di atas jalan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memberitahu orang ramai bahawa terdapat bonggol di situ.
“Disebabkan itu, pada malam 21 Disember lalu saya dan isteri, Nur’ain Azrina Mohd. Alias, 29, terlibat dalam kemalangan di lokasi berkenaan selepas pulang daripada Festival Motosikal Antarabangsa (IMF).
“Akibat daripada kemalangan tersebut, bahu kiri isteri saya telah patah dan dia terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Pantai Cheras,” katanya kepada The Rakyat Post, hari ini.
Tambah Mohd. Naim, dia meminta jasa baik PBT sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengambil perhatian mengenai perkara ini.
Jelasnya, ia bukanlah kali pertama kemalangan jalan raya berlaku disebabkan bonggol tersebut dan adalah amat malang sekiranya ia dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan dilakukan.
“Keadaan cuaca di sekitar ibu kota pada ketika ini yang tidak menentu dan selalu hujan akan menjejaskan lagi penglihatan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.
“Oleh itu, saya meminta agar pihak berkuasa segera meratakan, mengecat atau menambah jumlah lampu jalan di sekitar kawasan berkenaan demi keselamatan orang ramai,” ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
“Bahu bini saya patah sebab bonggol ‘maut’ di Bukit Jalil”

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal “Bahu bini saya patah sebab bonggol ‘maut’ di Bukit Jalil”. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment