AFF SUZUKI: SAFEE SALI PERLI PENYOKONG HARIMAU MALAYA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di AFF SUZUKI: SAFEE SALI PERLI PENYOKONG HARIMAU MALAYA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




AFF SUZUKI: SAFEE SALI PERLI PENYOKONG HARIMAU MALAYA








Kuala Lumpur – Penyerang sensasi skuad Harimau Malaya, Safee Sali terus menjadi tumpuan peminat bola sepak Kebangsaan apabila dia sekali lagi mencetuskan kontroversi sejurus pasukan Malaysia meraikan kejayaan setelah layak ke final selepas menumpaskan Vietnam pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, malam tadi.



Safee menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik sekeping foto menunjukkan reaksinya gembira setelah kejayaan skuad kendalian jurulatih Dollah Salleh yang disifatnya bertungkus lumus mengalahkan Vietnam.



Namun malangnya, kaspyen yang ditulis Safee bersama foto tersebut menimbulkan reaksi kurang senang kepada segelintir penyokong Harimau Malaya yang seolah menggambarkan dia tidak menghargai sokongan peminat.



“Syukurku panjat kpd Illahi. Alhamdulillah semua pgorbanan bhasil dgn bangga nye. Semua cacian dan makian yg dilemparkan xpernah masuk ke dlm hati ini..










“Pjuangan ini bukan dgn hanya bmain guli tp dgn semangat cinta kan keluarga team ini dan demi maruah negara.. fans team Vietnam bagus sekali.. walaupun kalah xde btumbuk malah tepuk tgn dkt ktorg lagi..



“kpd fans kt (kita) yg dah tukar bendera lps kena sound haritu jgn tutup muka tu dgn bantal ok.. lap je muke tu dgn tisu,” tulisnya dalam entri tersebut.



Rata-rata pengikut (followers) Safee mengkritik sikap sinisnya yang menyatakan seolah kejayaan skuad Harimau Malaya semalam seperti hasil usahanya.








Difahamkan, Safee ketika perlawanan timbal balik semalam hanya menjadi pemain simpanan kerana mengalami kecederaan.



Sebelum ini, Safee turut menjadi perhatian umum apabila sekeping fotonya menghisap rokok bersama rakan sepasukan tersebar di laman sosial.



Malaysia bakal berdepan dengan Thailand pada 17 dan 20 Disember ini bagi merebut gelaran juara Piala AFF Suzuki 2014 dalam format timbal balik.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal AFF SUZUKI: SAFEE SALI PERLI PENYOKONG HARIMAU MALAYA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.