Sayu! Mangsa Rentung Sempat Minta Maaf Kali Terakhir Dengan Ibu adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Sayu! Mangsa Rentung Sempat Minta Maaf Kali Terakhir Dengan Ibu membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Sayu! Mangsa Rentung Sempat Minta Maaf Kali Terakhir Dengan Ibu





“Mak, saya minta maaf”. Begitulah ungkapan maaf terakhir Hazalli Khalid, 32, salah seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut di Lebuh Raya Karak, semalam, ketika melawat ibunya di kampung halaman, Kampung Padang Balang, Sentul, kelmarin.


Menurut bapa saudara mangsa, Khalid Yaacob, 59, ibu mangsa berasa sangsi apabila anak kedua daripada tujuh beradik tersebut tiba-tiba memohon maaf.


Mengapa minta maaf, apa kesalahan yang awak dah lakukan, Tetapi Hazalli tidak menjawab pertanyaan itu ” kata Khalid sambil berlinang air mata.


Khalid berkata, anak saudaranya merupakan seorang yang cukup disenangi ramai dan sangat menjaga adabnya dengan golongan lebih dewasa.




Dalam kejadian di Lebuh Raya Karak kelmarin, mangsa merupakan seorang jurutera syarikat telekomunikasi maut setelah rentung akibat terlibat nahas motosikal berkuasa tinggi kelmarin.


Dalam pada itu, saudara mangsa, Mohd. Shaari Abdullah, 43, berkata, Hazalli merupakan seorang yang berperwatakan ceria ketika bersama ahli keluarga lain.



“Kali terakhir saya jumpa dia pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Apabila pulang ke kampung, pasti suasana akan lebih meriah dengan gelagatnya,” katanya.


Tambah Mohd. Shaari, keluarganya berharap orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar ketika kejadian bagi mengelak sebarang spekulasi yang tidak benar tentang mangsa.



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Sayu! Mangsa Rentung Sempat Minta Maaf Kali Terakhir Dengan Ibu ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.