Penjual Burger Dihukum Penjara Rogol Gadis 15 Tahun adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Penjual Burger Dihukum Penjara Rogol Gadis 15 Tahun membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Penjual Burger Dihukum Penjara Rogol Gadis 15 Tahun






Seorang penjual burger dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini tadi, selepas didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur pada Januari tahun lalu.


Hakim Muhamad Jamil Husin mengenakan hukuman itu ke atas Hairul Lisan Husin, 28, selepas pihak pembelaan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman, Azni Sidek, gagal menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah.


Hairul Lisan didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan di sini, pada jam 3.15 pagi, 10 Januari lalu.


Mengikut fakta kes, tertuduh yang membuka gerai burger di hadapan rumah mangsa, mengajak gadis terbabit keluar dengan menaiki motosikal bertujuan untuk berkenalan.


Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah rumah dan dirogol sebelum ditinggalkan berseorangan di sebuah kedai karaoke di Kampung Melayu Pandan di sini.


Mangsa yang trauma kemudian menghubungi rakan dan ibunya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza memohon kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya amat serius selain sebagai pengajaran kepada masyarakat.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Penjual Burger Dihukum Penjara Rogol Gadis 15 Tahun ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.