“Saya Sayang Awak, Tapi Saya Tak Nak Berdosa” adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya “Saya Sayang Awak, Tapi Saya Tak Nak Berdosa” membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





“Saya Sayang Awak, Tapi Saya Tak Nak Berdosa”





“Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik. Sampai saya takut nak pegang… Bukan takut jari awak patah, tapi takut kalau nanti jari kita tak dapat nak tolong satu sama lain di satu hari yang dahsyat di depan Maha Esa.”


“Saya suka tengok rambut awak. Lurus dan halus. Sebab tu saya hadiahkan awak tudung. Bukan sebab cemburu orang tengok rambut awak, tapi takut nanti rambut awak terbakar api Neraka”


“Saya suka tengok badan awak. Mantap. Sebab tu saya hadiahkan awak jubah dan telekung. Supaya bila awak sujud pada DIA nanti, awak akan lebih cantik dan berseri.”


“Saya risau tengok awak tak makan, tak tidur sebab rindukan saya. Saya pun begitu juga. Awak tanya apa ubatnya? Saya jawab Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga awak lebih rindu dan cintakan DIA lebih dari saya.”


“Saya sedih bila tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya, ‘makan, minum, drive elok-elok, nanti awak sakit saya susah hati, bla bla bla…’. Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik sampai tinggal solat Zohor dan Asar. Awak langsung tak kata apa-apa. Berdosanya saya.”


“Awak, saya sayangkan awak. Saya nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup tanggung dosa kalau kita terus ber’couple’. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat, nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat. Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri. Dosa saya pun dah bertimbun, nak tanggung dosa awak lagi lepas ni.”


“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Jauhilah kami dari perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami, agar hubungan ini menjadi halal dan mendapat keredhaan-Mu,”



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





“Saya Sayang Awak, Tapi Saya Tak Nak Berdosa” ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.