Mungkinkah Teknologi Ini Dapat Membantu Mengesan MH370? adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Mungkinkah Teknologi Ini Dapat Membantu Mengesan MH370? membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Mungkinkah Teknologi Ini Dapat Membantu Mengesan MH370?






Seorang saintis Australia, Aron Gingis berkata adalah tidak mustahil untuk menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak Mac lalu dengan membuat kajian terhadap perubahan awan bagi mengesan jejak-jejak pemeluapan yang terhasil akibat pembakaran bahan api dari pesawat itu.


Gingis, seorang pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated berkata demikian sewaktu diwawancara oleh rancangan News 24 Australia dan dilaporkan oleh beberapa media negara itu.


Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata dia telah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik. Kaedah mikrofizik katanya digunakan bagi mengkaji perubahan awan yang terhasil dari bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.


Gingis percaya wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi dimana pesawat itu hilang.


Dia juga berkata telah mengirimkan emel bertarikh 3 April kepada Duta Malaysia ke Australia, Eldeen Husaini Mohd Hashim bagi memberikan pandangannya dan dibalas pada 10 April dengan jawapan cadangannya telah diusulkan kepada “Bilik Operasi” di Malaysia.


Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini, tiada petanda ditemui meskipun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Mungkinkah Teknologi Ini Dapat Membantu Mengesan MH370? ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.