Saintis USM Cipta Alat Jimat Minyak ‘Fuel Capacitor’ adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Saintis USM Cipta Alat Jimat Minyak ‘Fuel Capacitor’ membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Saintis USM Cipta Alat Jimat Minyak ‘Fuel Capacitor’






Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus.


Ketua Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Prof Madya Dr Soib Taib berkata rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna.


“Ia sebuah alat kompak diperbuat daripada bahan aluminium tahan karat dan kegunaannya dapat memperbaiki aliran pengudaraan enjin sekali gus mengoptimumkan kegunaan bahan api sesebuah kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.


Beliau berkata penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai ‘bahan api kapasitor’ itu mengambil 10 bulan untuk disiapkan dengan dibiayai geran penyelidikan berjumlah RM40,000.


Penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 kilometer setahun dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa, katanya.


“Alat ini turut mengurangkan pembebasan asap dan gas tidak dikehendaki seperti karbon dioksida serta karbon monoksida sekali gus mengurangkan pencemaran udara,” katanya.


Dr Soid berkata alat itu sesuai dipasang pada lori, kereta dan motosikal dengan kos RM350 dan jangka hayatnya boleh bertahan sehingga tiga tahun.


Beliau berkata prototaip alat itu kini dalam proses penjenamaan dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan industri yang berminat untuk mengkomersialkan produk itu dengan harga kompetitif.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Saintis USM Cipta Alat Jimat Minyak ‘Fuel Capacitor’ ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.