“Rock Macamana Pun Kita, Allah Jangan Lupa Bro”
Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu ‘She’s Gone’ menjadi viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu.
Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu.
Disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik.
Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib.
Azlan juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid.
Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment