Ngeri! Pasangan Kekasih Rentung Kereta Rempuh Bas
Seorang anggota tentera dan wanita rentung selepas Proton Pesona dinaiki bertembung dengan bas ekspres, sebelum terbakar di Kampung Sungai Miang, Jalan Pekan Nenasi, Pahang awal pagi tadi.
Mangsa maut, Mohd Sapiuddin Mohd Sezali dari Kampung Panchor Merah, Setiu, Terengganu dan Norfarina Rosli, 26 dari Melor Kelantan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 pagi apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Pekan cuba memotong sebuah kereta tetapi gagal sebelum terperosok ke bawah bahagian depan bas.
Rmpuhan itu menyebabkan kedua-dua kenderaaan itu terbakar.
Bagaimanapun, dua pemandu dan 29 penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru selamat.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment