Penumpang Wanita Dicabul Dalam Tandas Pesawat adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Penumpang Wanita Dicabul Dalam Tandas Pesawat membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Penumpang Wanita Dicabul Dalam Tandas Pesawat





Sebuah pesawat Japan Airlines terpaksa berpatah balik ke Honolulu selepas seorang penumpang lelaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di tandas pesawat.


Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan penumpang terbabit, Michael Tanouye, 29, dari Hilo, Hawaii, pada malam Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu kerana mengganggu seorang anggota kru penerbangan dan melakukan pencabulan.


Tuduhan pencabulan seks itu membawa hukuman maksimum kepada penjara seumur hidup.


Menurut afidavit FBI, penerbangan itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ketika Tanouye menceroboh masuk ke tandas berkenaan dan mencabul wanita itu.


Wanita terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Jepun dengan ibunya selepas bercuti selama empat hari di Hawaii, menggunakan tandas kira-kira sejam 45 minit selepas pesawat berkenaan berlepas.


Ketika bergelut dengan Tanouye, wanita itu berjaya menekan butang kecemasan di dalam tandas berkenaan.


Dalam afidavitnya, Ejen Khas FBI, Necosie Wilson berkata ibu wanita terbabit, atendan penerbangan dan penumpang lain cuba membuka pintu tandas tetapi tidak dapat melakukannya kerana Tanouye menghalangnya.


Katanya, mereka terpaksa membuka pintu itu dengan menanggalkan skrunya.


Atendan penerbangan dan penumpang kemudian memberitahu FBI bahawa seorang penumpang lelaki turut cedera ketika bergelut untuk mententeramkan Tanouye.


Sebelum kejadian itu, Tanouye dikatakan melaungkan sesuatu yang tidak sepatutnya dan ibunya memberitahu atendan penerbangan bahawa dia menghidapi kemurungan dan sedang mengambil ubat.


Dia kemudian berdiri dan kelihatan tenang sambil berkata, dia akan menziarahi neneknya.


Atendan penerbangan juga tidak memberinya minuman beralkohol kerana dia sedang makan ubat.


Afidavit berkenaan menyatakan selepas kejadian itu, ibu Tanouye memberinya satu dos ubat dan dia terus tertidur.


Kapten penerbangan memutuskan untuk berpatah balik selepas terbang kira-kira dua jam berikutan kejadian itu.


Jurucakap FBI di Honolulu, Ejen Khas Tom Simon berkata, polis Hawaii membawa Tanouye keluar dari pesawat sebaik mendarat di Honolulu sebelum ejen FBI menahannya.


Suspek kini ditahan tanpa jaminan di Pusat Tahanan Persekutuan Honolulu.



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Penumpang Wanita Dicabul Dalam Tandas Pesawat ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.