Berita Terkini Kemalangan Di Sungai Petani 15 Oktober 2014
Seorang lelaki warga Thai maut manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah van kilang dan dua buah kereta di Sungai Petani pagi tadi.
Kemalangan jam 6.45 pagi itu membabitkan sebuah van kilang yang membawa enam orang, iaitu seorang lelaki dan lima perempuan, sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki seorang wanita dan sebuah kereta Kia Spectra yang dinaiki enam lelaki.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Araming Dusong, 34, seorang tukang masak di sebuah gerai makan di Sungai Lalang yang berasal dari Pattani, Thailand.
Dua belas lagi mangsa yang cedera sudah mendapatkan rawatan dan polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.
Difahamkan, Araming bersama abangnya, Mat Saidi, 36, dan adiknya, Faizu, 22, serta tiga lagi pekerja, dikatakan menaiki kereta Kia Spectra menuju stesen kereta api Gurun.
Mereka dikatakan mahu ke stesen kereta api Gurun selepas terlepas kereta api di stesen kereta api Sungai Petani, untuk pulang ke kampung halaman di Pattani.
Kereta yang dinaiki mereka dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan van kilang yang dinaiki seorang lelaki dan lima wanita dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang wanita yang datang dari arah bertentangan.
Mayat Araming dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat dan dijangka dibawa pulang ke Kampung Yarang, Pattani, untuk dikebumikan.
Mangsa lain yang cedera menerima rawatan di hospital sama kecuali wanita yang menaiki Proton Saga itu yang mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Incoming search terms:
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment