Pencuri Kabel Mati Keras Sambil Pegang Lampu
Seorang lelaki berusia 34 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel elektrik di Plaza Impiana, Jalan Industri, Bandar Baru Selatan, di sini, tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.50 tengah hari dari seorang pekerja syarikat telekomunikasi yang menemui mayat seorang lelaki terbongkok keras sambil memegang lampu suluh yang masih bernyala di bilik kabel elektrik plaza berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuba menarik kabel dari peti meter elektrik plaza itu, namun terkena renjatan elektrik yang bervoltan tinggi menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menyemak sama ada mangsa mempunyai rekod jenayah lampau atau tidak,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mayat lelaki yang beralamat di Kampung Batu Berangkai di sini, dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment