Adegan Miera Liyana Hanya Berbikini, Fizz Fairuz Tidak Kisah
Nama pelakon Miera Liyana, 21, seringkali dikaitkan dengan imej seksi dan menjolok mata.
Walaupun kini Miera lebih bijak menjaga pemakaiannya agar nampak lebih sopan, gadis itu sekali lagi membuat kejutan apabila dia berbikini dan melakonkan aksi di atas ranjang dalam filem terbarunya, ‘Dendam Orang Mati’.
“Waktu itu saya masih baru dalam industri dan ketika saya menerima tawaran tersebut, saya tolak tepi tentang babak yang mungkin mencetuskan kontroversi itu. Apa yang saya fikir ketika itu, saya dapat berlakon dengan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz dan pasti saya dapat belajar banyak perkara dari dua pelakon hebat ini,” katanya.
Dia juga tidak menganggap dieksploitasi kerana beranggapan apa yang dilakukannya itu adalah sebagai satu cabaran baginya.
Sebelum memulakan aksi yang bakal mencetuskan kontroversi itu, Miera sendiri telah hubungi dan memberitahu ibunya yang juga merangkap sebagai pengurusnya untuk menjalankan aksi tersebut.
Ternyata ibunya memahami dengan apa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anaknya itu selagi tidak mengaibkan dirinya sebagai seorang gadis.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment